spoon

PEMBERIAN DARI SI PEMBERI..

Category:

4.20 P.M..18jun 2010.
PEMBERIAN DARI SI PEMBERI..
Aku yang salah. Salah diri sendiri tidak tahu menghargai apa yang telah diberI . Saat aku diberi yang sebaiknya, aku tidak mampu menjadi sebaik itu. Aku masih lagi pincang, Aku masih lagi tenggelam, Aku masih lagi bengkok dan kini pemberian itu telah diambil balik oleh si pemberi. Salah aku, aku yang salah. Aku sepatutnya menjadi lebih baik,lebih baik dari dulu, lebih baik dari sebelum ini sebab aku telah diberi pemberian yg baik-baik. Tapi aku gagal,aku gagal, semua salah aku,aku yang salah.
Kini yang memberi telah mengambilnya kembali sebab aku tidak layak untuk menyimpan pemberian itu lagi. Aku gagal untuk menjadi lebih baik, aku gagal. Ia berlalu begitu saja di depan mata ku, aku tidak boleh meraung, aku tidak boleh menangis, aku tidak boleh kecewa. Pemberian itu bukan milik aku lagi, pemberian itu kini sudah bertukar milik kepada yang lebih baik. Tidak ada yang perlu ditangisi, yang memberi lebih tahu kepada siapa harus diberi. Aku redha.

Memang semua ini salah aku,aku yang salah. Aku tidak boleh marah, aku tidak boleh kecewa, aku harus senyum. Aku harus terima,mungkin pemberian itu bukan untuk aku, aku cuma diberikan pemberian itu untuk disimpan sementara. Aku terima, aku harus senyum,mesti ada hikmah mengapa ini berlaku, mengapa yang memberi mengambilnya kembali.
Aku sudah sedar, yang memberi masih kasih pada aku, yang memberi masih sayang pada aku, yang memberi masih memberi aku peluang. Si pemberi tidak mahu aku hanyut lagi. Si pemberi tidak mahu aku bengkok lagi. Si pemberi tidak mahu aku tenggelam lagi, jadi Si pemberi lakukan ini semua untuk aku bangkit dari kelemasan ini, supaya aku bangun dari mimpi kosong ini, supaya aku keluar dari kehanyutan ini, supaya aku sedar dari kelalaian ini. aku harus pergi kepada yang memberi dengan menjadi yang lebih baik..

Aku akan berubah menjadi lebih baik di depan yang memberi. Hanya Si pemberi yang ada segala-galanya. Apa yang ada pada si pemberi adalah pemberian yang baik-baik. Dia masih sayang kan aku, aku tidak harus sia-siakannya. Si pemberi ingin aku datang padanya. Aku akan datang, Si pemberi kasih kan aku, aku tidak mahu lagi berjauhan darinya. Apakah yang lebih baik dari memiliki si pemberi daripada memiliki pemberian yang diberinya. Aku mahu dekat padanya.

Kini aku sudah pasti tujuan ku. Aku mesti jadi lebih baik dari sebelum ini, bukan untuk mendapat pemberian yg baik-baik dari si pemberi, tapi aku hendak memiliki si pemberi. Aku ingin sentiasa bersama si pemberi . Aku hendak kasihkan Si pemberi seperti mana dia kasihkan aku. Aku hendak si pemberi lebih sayang pada aku dari sebelum ini. Itulah tujuan aku sekarang, aku sudah mengerti. Akan aku ingat peristiwa ini hingga akhirhayat ku.
p/s : Aku terima pemberian ini wahai yang memberi. Kau telah memberikan aku satu pemberian dengan mengambil pemberian yang kau telah beri dulu. Aku terima dan aku bersyukur. Aku akan terus senyum dan aku akan terus terima apa saja yang kau berikan pada ku kerana semua ini milik mu.

Comments (0)

Post a Comment